Thursday, June 10, 2010






Kabinet Pertimbangkan Bangunan Baru Parlimen Di Putrajaya

Jun 9th, 2010 | By administrator | Category: Dari Parlimen





KUALA LUMPUR 9 Jun – Kabinet mempertimbangkan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai bangunan warisan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengenai kos dan tempoh memulihara dan menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
Nazri berkata, bangunan Parlimen yang baru itu akan memberi lebih keselesaan di samping memenuhi pertambahan Ahli Parlimen pada masa ini.
Jawapan bertulis itu sebenarnya mengatakan Kabinet telah memutuskan untuk mempunyai bangunan baru di Putrajaya, namun Nazri ketika ditanya di lobi Parlimen mengatakan Kabinet masih lagi mempertimbangkan untuk memindahkan bangunan itu.
Beliau berkata, keputusan akhir akan dibuat hanya selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji perkara berkenaan.
Parlimen sedia ada dibina pada September 1962 berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Bangunan tersebut yang bernilai RM18 juta ketika itu merupakan idea Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Kompleks Parlimen itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan utama yang mempunyai bangunan tiga tingkat dan bangunan menara 18 tingkat.
Antara kedua-dua bangunan itu mempunyai dewan perhimpunan negara iaitu Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara (Senat).- Bernama/MediaUMNO

MCA says new Parliament building a waste of money




Party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek picture said in a statement today that the government should reconsider its proposal and turn it into an optional project instead.

There is no need for a Parliament building costing RM800mil in Putrajaya which is a sheer waste of public funds which could be better utilised for projects benefiting the rakyat. This is especially so when the Government is urging Malaysians to reduce expenditure to have a balanced budget ” he said in a statement Dr Chua pointed out that the present Parliament House which was built in 1962 should not only be preserved as a heritage building but should also be proudly occupied by all parliamentarians.

“The Parliament House built in 1962 was one of the earliest landmarks in the country and is an institution by itself ”.  He added that the only purpose of relocating the Parliament to Putrajaya would be to enable Cabinet ministers and civil servants to have easier access “In comparison the Westminster in the United Kingdom where the British Parliament House is located is cramped but functional and fully utilised by British MPs ” he said.

Dr Chua however noted that Malaysia’s Parliament was much more comfortable in comparison especially after its recent renovations In Parliament yesterday Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz revealed that the government had plans to build a new legislative House in Putrajaya and preserve the existing one as a heritage site.

The proposal was greeted with much derision from Opposition lawmakers who questioned the logic behind squandering public funds for the new building at a time when the government was proposing the removal of subsidies to save money The current Parliament House was built in September 1962 near the Kuala Lumpur Lake Gardens during the Tunku Abdul Rahman administration and had cost the government some RM18 million at the time In 2005 the government spent some RM90 million for extensive repairs on the House.




Komen


Cakap pasal bangunan lama tu, nak buat apa dengan warisan, kalau tengok Parlimen kat UK ataupun  kat Jepun, bangunan2 tu lagi lama dari bangunan Parlimen negara kita ni, tapi masih digunapakai sepenuhnya dan tidak pernah terdengar ura-ura untuk membina bangunan parlimen yang baru. Bukankah itu membazir namanya nak buat yg baru. Lagipun katakanlah bangunan sekarang ni dijadikan bangunan warisan, apakah fungsinya?Bolehkah mendatangkan hasil kepada kerajaan?  Kalau hendak dijual berapa harganya?  Kaalu nak dijadikan muzium hanya untuk benda2 berkaitan dengan Parlimen, perbuatan itu tidak berfaedah dan membazir!  Jangan habiskan duit kami untuk benda-benda yang tak berfaedah.




APA DAH JADI NI?
apa yang sedang berlaku ni? kerajaan kita dah bagi hint2 yang kerajaan kita kehabisan wang begitu ketara sekali sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan GSt san menarik subsidi, kalau tidak alamatnya Bankraplah Negara, tetapi pada yang sama dalam keadaan yg begitu teruk pun,  masih lagi dok nak belanja besar. Jad ta hairanlah Bankrap Negara selagi dibawah kepimpinan yang mengutamakan pencapaian Bankraplah Negara.